Ahad, 9 Disember 2007

Tembila Village

Pengenalan,Asal usul Kg.Tembila

Asal usul nama Kampung Tembila.Tembila adalah sebuah kampung yang terletak dalam Daerah Besut di Negeri Terengganu Darul Iman. Mempunyai keluasan 1,250.8 hekter. Mempunyai bentuk mukabumi yang 98.5 peratus dataran tanah pamah, tidak terdapat tanah tinggi, hanya sebatang sungai yang mengalirkan dari kawasan hulu ke muara lautan cina selatan, tanahnya agak subur. Tanaman Keledek, tembikai dan sayur-sayuran menjadi tanaman punca rezeki utama penduduk kampung.Sejarah Tembila ini berpandu kepada cerita lisan daripada orang tua-tua yang masih ingat tentang asal usul nama kampong Tembila. Cerita ini diperolehi daripada Allah yarham Abdullah bin Taib, Allah yarham Ismail bin Ishak dan Iman Salim bin Awang iaitu cucu kepada Tok Kamis yang membuka kampung Tembila.

Utara-Kg Gong Medang
Timur-Sungai Tembila
Selatan- Bukit Tanah
Barat- Kg Gong Jelutong.

Mengikut cerita orang tua-tua dahulu. Kg. Tembila di buka oleh Tok Kamis bersama dengan anaknya bernama Awang, Beliau berasal dari Pasir Putih Kelantan. Apabila tercetusnya perang Tok Janggut. Maka beliau dua beranak berundur ke sebelah sini dan menentap di kawasan yang dahulunya dipanggil Tambak iaitu disebelah hulu kampung Tembila sekarang. Pada masa itu pekerjaan beliau ialah membuat sejenis alat menangkap ikan yang dikenali dengan nama Temila.Alat ini terkenal dengan hasil tangkapannya. Maka ramailah penduduk sekitar kampung ini seperti kampung Kubang Ikan, kampong Gong Bayur, dan sebagainya datang membeli Temila ini .
Maka kampung ini terkenal dengan nama Tembila hingga hari ini.

Sabtu, 8 Disember 2007

Panorama Kampung

Lorong Hj. Daud Kanan
Lorong Hj Daud Kiri

Pandangan Masjid


Pasar Malam



Pasar Malam




Sabtu, 1 Disember 2007

Kedai


08